Sabtu, 26 Februari 2011

AKAR CINTA BERBAU WANGIAN SURGA By Raja Radley Raja Ismail

Terserah bagaimana jalan cerita kerana kitalah wataknya
berliku ujian hidup kerana kitalah plot laku nama cinta
robek, punah, payah dan getir itu adalah cabaran dunia
berhadapan dengan cercaan jiwa meledakkan satu rasa
membangkitkan tunjang kasar yang sebenar halus sahaja
subur bila rintik hujan dari awan jatuh membasah tiba
khabar bahagia akan menjelma saat esok masih lagi ada
harap ada yang melihat indahnya bahasa lahir gembira
semoga kekal sentosa apa yang diperkatakan bonda
cinta pada Pencipta akan membawa damai ke Syurga...

Wangian Syurga di wajahmu bagaikan helaan nafas sempurna
yang kini masih sama dari dulu kala hingga sekarang jua
nampak jelas dek pandangn mata terbuka indah belaka
dari dahan berdaun hijau semarak cinta hilanglah duka
inilah semahunya menjadi idaman setiap umat manusia
menjunjung kasih setia antara kedamaian yang sementara
hingga berubah pada satu taman tenangkan gelora hampa
di saat badai datang melanda masih teguh pohon cemara...
seteguh karang yang masih berjiwa, yang masih ria
marilah sayang mencipta cerita di bawah lembayung senja...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar